Portal Rasmi MPBP
  Sat, 21-Oct-2017
Selamat Datang Ke Portal Aplikasi e-Perkhidmatan Awam Majlis Perbandaran Batu Pahat     | |     Talian HOTLINE Rasmi MPBP 1-300-88-MPBP(6727)    | |    Aduan Rasmi aduan@mpbp.gov.my
::e-PERKHIDMATAN::
e-Cukai Harta
e-Kompaun Parking
e-Aduan Online
e-Gis MPBP
Jadual Perkhidmatan Kaunter Bayaran
MyBayar
myBayar
MyBayar
Ejen Bank Berdaftar (EBB) BSN

osc Online

e-Maklumbalas
e-PBT Online Helpdesk
e-Jawab Johor
e-Radio
e-Radio (Intranet )
 
::KALENDAR AKTIVITI::
October 2017
SMTWTFS
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031----
 
::TARIKH PENTING::

Jadual Bayaran Cukai Taksiran

½ Tahun Pertama
1 Jan 2017 - 28 Feb 2017

½ Tahun Kedua
1 Julai 2017 - 31 Ogos 2017

 
UTAMA » BULETIN » lihat buletin pada
 
 » BULETIN@MPBP                         
Dihantar Oleh
:
040012
Tarikh hantar
:
25-04-2013 12:04:02 PM
Penggodam serang Twitter
Gergasi media sosial, Twitter adalah antara syarikat Amerika Syarikat (AS) terbaru yang melaporkan menjadi mangsa serangan keselamatan internet, sambil menyatakan penggodam mungkin meraih akses terhadap maklumat 250,000 daripada keseluruhan 200 juta pengguna aktifnya.

Dalam satu kenyataan di blog, Twitter berkata ia mengesan percubaan untuk meraih akses kepada data penggunanya awal minggu ini. Ia menghentikan satu serangan sebaik saja ia dikesan.
Twitter bagaimanapun mendapati bahawa penggodam mungkin mencuri kata laluan pengguna, alamat emel dan kata kunci sulit membabitkan 250,000 pengguna yang mana mereka menyifatkannya sebagai “peratusan kecil daripada semua penggunanya.”

Syarikat itu menala semula kata laluan dan telah menghantar emel kepada penggunanya yang terjejas.

Serangan Twitter itu berlaku tidak lama selepas serangan terbaru terhadap sistem komputer syarikat AS, membabitkan The New York Times dan The Wall Street Journal.

Kedua-dua akhbar itu minggu ini melaporkan bahawa sistem komputer mereka diceroboh oleh penggodam yang berpangkalan di China dan mungkin bertujuan memantau liputan media yang dianggap penting oleh kerajaan China.

Jumaat lalu, The Washington Post mendedahkan dalam satu artikel yang diterbitkan dalam laman webnya, bahawa ia turut menjadi sasaran serangan siber kompleks, yang ditemui pada 2011 dan adalah yang pertama dilaporkan oleh blog keselamatan siber bebas.
Jurucakap Washington Post, Kris Coratti, tidak memberikan sebarang perincian termasuk tempoh serangan atau sumber serangan, tetapi mengikut sumber yang dipetik akhbar itu, tanpa memberikan identiti, bahawa penceroboh meraih akses seawal 2008 atau 2009.
Berita Harian
 
Alamat IP anda : 54.224.197.86


Majlis Perbandaran Batu Pahat © 2005 - 2017
Bangunan MPBP, Jalan Pejabat 83000 Batu Pahat
Johor Darul Ta'zim

Tel : 1-300-88-6727 | Faks : 07 - 432 1164 | Emel : info@mpbp.gov.my
Dibangunkan Oleh : Bahagian Teknologi Maklumat MPBP
v1.3