Portal Rasmi MPBP
  Sat, 21-Oct-2017
Selamat Datang Ke Portal Aplikasi e-Perkhidmatan Awam Majlis Perbandaran Batu Pahat     | |     Talian HOTLINE Rasmi MPBP 1-300-88-MPBP(6727)    | |    Aduan Rasmi aduan@mpbp.gov.my
::e-PERKHIDMATAN::
e-Cukai Harta
e-Kompaun Parking
e-Aduan Online
e-Gis MPBP
Jadual Perkhidmatan Kaunter Bayaran
MyBayar
myBayar
MyBayar
Ejen Bank Berdaftar (EBB) BSN

osc Online

e-Maklumbalas
e-PBT Online Helpdesk
e-Jawab Johor
e-Radio
e-Radio (Intranet )
 
::KALENDAR AKTIVITI::
October 2017
SMTWTFS
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031----
 
::TARIKH PENTING::

Jadual Bayaran Cukai Taksiran

½ Tahun Pertama
1 Jan 2017 - 28 Feb 2017

½ Tahun Kedua
1 Julai 2017 - 31 Ogos 2017

 
UTAMA » BULETIN » lihat buletin pada
 
 » BULETIN@MPBP                         
Dihantar Oleh
:
040012
Tarikh hantar
:
05-03-2013 09:22:14 AM
Blackbbery Z10

BAGI penggemar rangkaian telefon bimbit pintar Blackberry, pengenalan kepada satu lagi model terbaharu iaitu Z10 dilihat bakal mencetuskan fenomena baru dunia teknologi hujung jari.

Meskipun ada ura-ura menyatakan model tersebut menyerupai iPhone, syarikat pengeluar menampilkan sesuatu yang menunjukkan kesungguhan mereka bersaing dalam pasaran telefon pintar.

Berada dalam kedudukan ketiga di pasaran telefon pintar tempatan tidak menjadi penghalang kepada syarikat pengeluar Research In Motion (RIM) yang kini bertukar nama kepada Blackberry.

Malah syarikat terbabit menyasar untuk naik setakuk ke kedudukan kedua menjelang akhir tahun ini, sejajar dengan pengenalan enam produknya yang terbaharu yang dijangka pada tahun ini.

Menampilkan beberapa penambahbaikan berbanding generasi sebelumnya, sistem operasi BlackBerry 10 yang dibangunkan bersama pemproses dual core 1.5 giga hertz, turut menawarkan operasi lebih lancar dan pantas untuk melayari laman web dan pelbagai aplikasi lain.

Selain itu, Z10 turut menawarkan pengalaman pengkomputeran mudah alih baharu yang unik dengan kira-kira 17,000 aplikasi termasuk lebih daripada 100 aplikasi yang boleh dicapai pengguna menerusi Blackberry Hub.

Menurut Pengarah Negara Blackberry bagi Malaysia, Annamalai Muthu, model terbaharu tersebut merupakan satu lagi platform teguh dan boleh dipercayai di samping permukaan skrin yang lebih responsif dengan sentuhan.

Beliau berkata , kriteria lain yang ditawarkan oleh model terkini itu adalah panggilan video dan sistem taip maju.

"Rekaan Z10 mengikut cita rasa pengguna masa kini selain mampu memenuhi keperluan pengguna melalui isyarat berpangkalan antara muka yang unik.

"Fungsinya yang lebih sistematik memberikan pengguna mengakses pelbagai aplikasi dalam satu masa seperti memuat turun permainan video, muzik, buku, majalah dan banyak lagi," katanya ketika ditemui pada majlis memperkenalkan Blackberry Z10 di ibu negara baru-baru ini.

Selain pengenalan kepada beberapa aplikasi baru, rangkaian telefon bimbit pintar Blackberry yang terkenal dengan BBM chatting turut dipertingkatkan dengan perbualan BBM video yang membolehkan pengguna berbual sambil mempaparkan rakan komunikasi menerusi aplikasi Screen Share.

Aplikasi terbaru itu juga membolehkan mereka berkongsi gambar, video, pandangan kamera pemanggil serta apa sahaja video yang dirakam secara serta-merta.

Skrin paparan bersaiz 4.2 inci berdefinisi penuh memberikan paparan lebih besar selain penggunaan kamera beresolusi 8 mega pikselnya memperlihatkan komitmen BlackBerry untuk bersaing dengan jenama telefon pintar yang sedia ada di pasaran.

Sementara itu, penggunaan fungsi papan kekunci QWERTY yang canggih memudahkan pengguna menaip data, maklumat mahupun pesanan ringkas dengan pantas.

BlackBerry Z10 boleh didapati di pengedar sah seperti Maxis bermula 9 Mac dengan program pra pendaftaran mulai 21 Februari lalu dan bagi Celcom dan DiGi hanya akan mula berada di pasaran pada 8 April.

Ditawarkan dalam dua warna iaitu hitam dan putih, Z10 mula dijual pada harga RM2,188 dan kepada pengguna yang mahukan maklumat tambahan boleh layari laman web www.blackberry.com.my/BlackberryZ10.
Utusan Malaysia
 
Alamat IP anda : 54.224.197.86


Majlis Perbandaran Batu Pahat © 2005 - 2017
Bangunan MPBP, Jalan Pejabat 83000 Batu Pahat
Johor Darul Ta'zim

Tel : 1-300-88-6727 | Faks : 07 - 432 1164 | Emel : info@mpbp.gov.my
Dibangunkan Oleh : Bahagian Teknologi Maklumat MPBP
v1.3